Thursday, March 6, 2008

Damba KasihMu

Semakin jauh ku dariMu..
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku..
Oh Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandanganMu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapanMu

Bagaimanakah nantinya
Tika berhadapan denganMu
Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dinihari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayangMu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurgaMu
Oh Tuhan Yang Maha pemurah
Hindari diriku dari siksaMu
Oh Tuhan…

Cinta?.. hmm..

Tuhan beri kita 2 kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. tapi hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta.

Melihat kebahagiaan orang yang dicintai adalah satu kebahagiaan buat diri kita juga walaupun hanya mampu dipandang dari jauh.Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."kita akan sentiasa mendoakan kebahagiannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas perbuatan kita.Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan.Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu.

Cinta adalah keabadian…dan kenangan hal terindah yang pernah dialami tapi tak semestinya diakhiri dengan perkahwinan.Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta.mulailah memberi kasih sayang kepada orang yang di cintai tanpa mengharapkan balasan.Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pernah bermimpi tentang cinta tanpa mampu memperjuangkannya.

Wednesday, March 5, 2008

Bercelaru.....

aku btl2 keliru...
aku btl2 celaru..
arrgghh!!
apa yg patut aku buat?
ape btol ke ape yang aku buat ni?
mungkinkah ini yang terbaik..
atau sekadar mengikut perasaan?
Ya Allah...
hambaMu ini benar2 keliru..
benar2 celaru..
mudahkanlah segala urusanku..
berilah aku petunjuk..
petunjuk ke arah kebenaran..
agar aku mampu membuat penilaian..
Sesungguhnya aku tak mampu...
Aku akui kudratMu..
aku benar2 mengharap petunjukMu..
aku benar2 berharap dariMu ya Allah...
andai benar ini takdirku..
berilah ketenangan padaku..
andai ini suratan jalan hidupku..
berikan aku MagfirahMu..
andai ini kesudahan..
berilah aku kemaafanMu..
berilah aku kekuatan untukku menghadapi hidup ini...
Ya Allah..
Sesungguhnya hambaMu ini amat hina..
Seringkali terlupa dan terleka..
ampuni dosaku..
ampuni salahku........

Monday, March 3, 2008

keliru....

keliru...
aku keliru dgn semua yang dah terjadi..
aku rimas...
aku celaru..
aku kena tunggu lagi ke?
aku kena setia lagi ke?
atau aku harus korbankan cinta aku..
atau aku harus ketepikan perasaan aku ini..
aku btl2 menyayanginya...
namun..
setelah apa yang dikhabarkan...
aku jadi bingung..
aku jadi keliru..
apakah dia untukku?
apakah aku untuknya..?
aku tak pasti..
aku tak pasti apa yang perlu aku lakukan lagi..
segalanya musnah!!
aku tak mampu lagi...
aku sedih..
aku kecewa...
aku bencikan segalanya!!
harapan aku kini musnah...
tiada lagi cinta...
tiada lagi kasih yang ku puja...
aku tak sanggup lagi hadapi semua ini...
aku bencikan dunia...
dunia yang penuh dgn tipu daya..
dunia yang melalaikan kita..
aku benci! benci!!
aku bencikan diriku...!!
kerna aku semuanya terjadi!
kerna aku dia jadi begini!!
maafkan aku..
maafkan aku......

Tuesday, February 19, 2008

Ampuni daku...

semuanya berakhir..
keputusan itu aku terima dengan redha..
aku takde hak nak halang keputusannya..
janji janji dulu sudah terkubur..
impian dan angan yg dimaterai dulu sudah musnah..
tapi..
lebih baik dia bahagia dgn org lain dari menderita dgn aku..
walaupun pertemuan akhir tak seperti yang aku jangkakan..
tapi aku redha..
aku redha dgn ketentuan..
aku doakan ko bahagia dgnnya..
aku harap korang bahagia hingga ke akhirnya..
aku doakan korang berdua sentiasa dirahmati..
aku akan jadikan nya sumber kekuatan utk aku terusan hidup..
sesungguhnya aku dah terlalu jauh dariMu..
kini saat aku kembali mengadapMu..
akan ku abdikan seluruh kehidupanku buatMu..
aku tahu ujianMu buatku tidak seberat ujian para nabi dan para anbiya'..
Ya Allah..
Tetapkan hatiku merentasi hidupku..
Tetapkan perdirianku untuk sentiasa di jalanMu..
Tetapkan imanku untuk sentiasa bersamaMu..
aku terlalu jauh..
aku leka dengan kasih sayang makhluk..
hingga terlupa kasih sayangMu..
Semakin jauh aku dariMu..
Semakin dekat pula Kau padaku..
Semakin dekat ku padaMu..
Semakin kuat pula ujianMu..
Ya Allah..
aku benar-benar berharap..
hidup dan mati ku akan sentiasa keranaMu..

Sunday, January 27, 2008

Aaarrgghhh!..

aku dah tak tahan....
aku dah fed-up!!
aku dah letih!
aku dah putus asa!
aku rasa aku dah kalah!
aku dah mengalah!
tp member aku pesan.. teruskan!! teruskan!!
member aku pesan..
"jgn lpas ape yg ko sayang!
skali ko lepas ia takkan datang balik..!
Tapi dia dah cakap dia bencikan aku!!
Dia dah tak sukakan aku!
Untuk apa lagi aku teruskan?
Namun hati ni memberontak...
biar sejam..
biar sehari..
biar sebulan..
biar setahun..
biar selamanya..
teruskan menanti!
selagi segalanya belum terbukti..!
selagi segalanya belum pasti!"


aku tenangkan fikiran..
pikir2 balik.. mmg aku masih sayang..
memang aku tak sanggup hilang..
aku akan terus menanti...
walau menanti suatu yg tak pasti..
tapi aku akan trus menanti...
moga diberi kekuatan..
moga dipermudahkan urusan...
aku akan menanti dan terus menanti...

Friday, January 25, 2008

here is sumthing 2 tell u..

I wrote your name on a piece of paper,but I threw it away.
I wrote yourname on my hand,
but it washed away.
I wrote yourname in the sand,
but the waves wishpered it away.
I wrote your name in my heart,
and forever it will stay..

Monday, January 21, 2008

huh...

huh...
perempuan...
satu perkara yang wat lelaki lemah..
seriously... aku lemah dgn perempuan..
rasa macam tak boleh nak teruskan hidup tanpa insan bergelar perempuan..
aku tau akan ade suara2 sumbang yang akan kata..
"ek enen.. lek arr.. pasal pompuan je pon..." or
"bla la.. muke ganas.. pasal pompuan je down!"
for those who think to say dat.. just wanna say.. go to hell with ya word!!
jangan ckp bile tak rasa... jangan berkata-kata kalau tak tau ape yang orang lain rasa..
aku pon pernah ada kat situasi tu.. rasa hebat..
rasa tak perlukan semua tu.. Rasa ego..
Tak nak kalah walau hati memberontak..
bila dah terkena.. kita akan rasa seniri..
but life must go on..
perlu utk kita teruskan..
walau apa pon yang pernah.. telah dan akan terjadi..
pada yang sedang bercinta.. fikir la betul2 segala keputusan yang akan dibuat..
kalau dah buat apa2 keputusan.. ubahlah kalau rasakan perlu..
sayangi hubungan korang...
Tak rugi untuk malu..
Tak rugi untuk korang korbankan ego utk sesuatu yg korang sayang..
sakit woo putus2 ni..
jangan menyesal kalau korang dah usaha..
mungkin ada hikmah atas apa yang dah terjadi...
wallahu 'alam..

Sunday, January 20, 2008

adakala...

Aku termenung sendiri...
bkn mengenang nasib diri..
tetapi mengimbau kembali...
suka duka kehidupan..
masa silam yg penuh warna..
adakala membiru umpama langit yang bertemankan awan² yang setia..
adakala kemerahan umpama matahari di waktu pagi diselangi kerdipan burung..
adakala kekuningan umpama bulan di waktu malam dihiasi bintang² ceria..
adakala kegelapan bagaikan malam tanpa cahaya..
namun segalanya ku hadapi dengan hati yang terbuka..
ada hikmah terjadinya sesuatu..
adakala persoalan hadir tanpa jawapan nyata..
tanpa perlu diungkap kata²..
biarkan ia berlalu dihembus angin lalu...
kuakur dengan segala suratan dan takdirNya..
Sesungguhnya Dia lebih mengerti dan Maha Mengetahui..