Thursday, March 6, 2008

Cinta?.. hmm..

Tuhan beri kita 2 kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. tapi hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta.

Melihat kebahagiaan orang yang dicintai adalah satu kebahagiaan buat diri kita juga walaupun hanya mampu dipandang dari jauh.Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."kita akan sentiasa mendoakan kebahagiannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas perbuatan kita.Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan.Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu.

Cinta adalah keabadian…dan kenangan hal terindah yang pernah dialami tapi tak semestinya diakhiri dengan perkahwinan.Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta.mulailah memberi kasih sayang kepada orang yang di cintai tanpa mengharapkan balasan.Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pernah bermimpi tentang cinta tanpa mampu memperjuangkannya.

1 comment:

@ d e p t said...

Itulah cinta. Cinta yang dapat membuatmu tertawa dan cinta pulalah yang bisa membuatmu menangis. Tapi cinta tetaplah anugerah terindah Tuhan dan akan tetap menjadi misteri dalam hidup dan cerita yang tak akan pernah habis.