Tuesday, June 2, 2009

kena block?? dem!...



waduh2..
hari ni upacara memblock segala kategori website yg tak diingini oleh pihak opis..
semua pon kene block nih..

nasib baik ler blogger site ni tak kene block jugak..
bisa gamat sih kalu kene block jugak.. haha

TAPII!!
nasib baik ler teknologi itu indah..
sentiasa membantu dikala kesusahan.. haha..
ok.. kat sini aku nak share satu solution utk mereka2 yg nak langgar polisi opis2..
hahaha... (Gelak puashati!)

satu perisian yg tidak asing lagi buat penggodam2 dan pelayar2 internet yg agak advance.
Ultrasurf
. Satu perisian yg sememangnya superb!



ok.. pengenalan Ultrasurf.. secara lebih kurang ler aku cite k.. software ni dah lama sebenarnya.. dah masuk version ke 9 dah pon.. memang berbakat utk melepasi firewall atau apa2 blocking software yg digunakan oleh company2 utk menaikkan taraf kualiti pekerja.. (kononnya..)

Download Ultrasurf di sini! --> Ultrasurf

nak guna senang aje.. download.. n run! tak perlu install dan bersaiz kecik.. (around 420kb!!) simpan dlm pendrive aje la.. ok.. utk pengguna browser internet explorer.. just run Ultrasurf kemudian bukak internet explorer dan surfing mcm biasa.. tapi bagi pengguna firefox.. ada sikit konfigurasi yg perlu dibuat.. (sikit je..)

Untuk Mozilla Firefox user, perlu tukar proxy configuration :

* * Bukak Firefox
* * Select Tools - Option - Advance - Network - Connection Setting
* * Select Manual Proxy Configuration
* * setkan HTTP Proxy : 127.0.0.1 Port : 9666
* * Select 'Use this proxy server for all protocols'
* * dan klik OK

ataupon.. download je firefox add-on ni...

klik sini---> Ultrasurf Add-on

ok.. selamat mencuba!

-
kalu ade software yg opis korang guna n boleh block ultrasurf ni bagitau aku k? hehe

Thursday, May 14, 2009

huahauhauhuaaa!

hari ni aku rasa mcm nak kembali memblogging..
tapi tak mcm dulu la..
skang ni dgn emosi baru.. wajah baru.. haa.. baru ok!
letih dah aku sedey2 nih..
baik aku layan perasaan sebelah kanan hati aku..
yeahh.. perasaan gumbira..!
mmm.. mmm.. mm... huh! (takde idea!!)
haha..
nnt la aku sambung lagi..
.......
...
.....

Thursday, March 6, 2008

Damba KasihMu

Semakin jauh ku dariMu..
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku..
Oh Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandanganMu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapanMu

Bagaimanakah nantinya
Tika berhadapan denganMu
Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dinihari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayangMu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurgaMu
Oh Tuhan Yang Maha pemurah
Hindari diriku dari siksaMu
Oh Tuhan…

Cinta?.. hmm..

Tuhan beri kita 2 kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. tapi hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta.

Melihat kebahagiaan orang yang dicintai adalah satu kebahagiaan buat diri kita juga walaupun hanya mampu dipandang dari jauh.Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."kita akan sentiasa mendoakan kebahagiannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas perbuatan kita.Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan.Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu.

Cinta adalah keabadian…dan kenangan hal terindah yang pernah dialami tapi tak semestinya diakhiri dengan perkahwinan.Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta.mulailah memberi kasih sayang kepada orang yang di cintai tanpa mengharapkan balasan.Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pernah bermimpi tentang cinta tanpa mampu memperjuangkannya.

Wednesday, March 5, 2008

Bercelaru.....

aku btl2 keliru...
aku btl2 celaru..
arrgghh!!
apa yg patut aku buat?
ape btol ke ape yang aku buat ni?
mungkinkah ini yang terbaik..
atau sekadar mengikut perasaan?
Ya Allah...
hambaMu ini benar2 keliru..
benar2 celaru..
mudahkanlah segala urusanku..
berilah aku petunjuk..
petunjuk ke arah kebenaran..
agar aku mampu membuat penilaian..
Sesungguhnya aku tak mampu...
Aku akui kudratMu..
aku benar2 mengharap petunjukMu..
aku benar2 berharap dariMu ya Allah...
andai benar ini takdirku..
berilah ketenangan padaku..
andai ini suratan jalan hidupku..
berikan aku MagfirahMu..
andai ini kesudahan..
berilah aku kemaafanMu..
berilah aku kekuatan untukku menghadapi hidup ini...
Ya Allah..
Sesungguhnya hambaMu ini amat hina..
Seringkali terlupa dan terleka..
ampuni dosaku..
ampuni salahku........

Monday, March 3, 2008

keliru....

keliru...
aku keliru dgn semua yang dah terjadi..
aku rimas...
aku celaru..
aku kena tunggu lagi ke?
aku kena setia lagi ke?
atau aku harus korbankan cinta aku..
atau aku harus ketepikan perasaan aku ini..
aku btl2 menyayanginya...
namun..
setelah apa yang dikhabarkan...
aku jadi bingung..
aku jadi keliru..
apakah dia untukku?
apakah aku untuknya..?
aku tak pasti..
aku tak pasti apa yang perlu aku lakukan lagi..
segalanya musnah!!
aku tak mampu lagi...
aku sedih..
aku kecewa...
aku bencikan segalanya!!
harapan aku kini musnah...
tiada lagi cinta...
tiada lagi kasih yang ku puja...
aku tak sanggup lagi hadapi semua ini...
aku bencikan dunia...
dunia yang penuh dgn tipu daya..
dunia yang melalaikan kita..
aku benci! benci!!
aku bencikan diriku...!!
kerna aku semuanya terjadi!
kerna aku dia jadi begini!!
maafkan aku..
maafkan aku......

Tuesday, February 19, 2008

Ampuni daku...

semuanya berakhir..
keputusan itu aku terima dengan redha..
aku takde hak nak halang keputusannya..
janji janji dulu sudah terkubur..
impian dan angan yg dimaterai dulu sudah musnah..
tapi..
lebih baik dia bahagia dgn org lain dari menderita dgn aku..
walaupun pertemuan akhir tak seperti yang aku jangkakan..
tapi aku redha..
aku redha dgn ketentuan..
aku doakan ko bahagia dgnnya..
aku harap korang bahagia hingga ke akhirnya..
aku doakan korang berdua sentiasa dirahmati..
aku akan jadikan nya sumber kekuatan utk aku terusan hidup..
sesungguhnya aku dah terlalu jauh dariMu..
kini saat aku kembali mengadapMu..
akan ku abdikan seluruh kehidupanku buatMu..
aku tahu ujianMu buatku tidak seberat ujian para nabi dan para anbiya'..
Ya Allah..
Tetapkan hatiku merentasi hidupku..
Tetapkan perdirianku untuk sentiasa di jalanMu..
Tetapkan imanku untuk sentiasa bersamaMu..
aku terlalu jauh..
aku leka dengan kasih sayang makhluk..
hingga terlupa kasih sayangMu..
Semakin jauh aku dariMu..
Semakin dekat pula Kau padaku..
Semakin dekat ku padaMu..
Semakin kuat pula ujianMu..
Ya Allah..
aku benar-benar berharap..
hidup dan mati ku akan sentiasa keranaMu..